Monday, March 10, 2008

wahyu pertama ( surah al-alaq )

Wahyu yang pertamanya adalah surah Al -Alaq (...Iqra')
Wahyu ini telah diturunkan sedikit demi sedikit sehinggalah ia banyak dan lengkap. Surah ini telah Nabi ajarkan pula kepada sahabat -sahabat Nabi dan pengikutnya. Ayat-ayat ini telahpun ditulis oleh nabi untuk disimpankan bagi pengikut dan umatnya.
Helaian ayat-ayat Al-Quran telah diusahakan oleh Zaib bin Tsabit yang juga seorang tahfiz yang mengingati kandungan Al Quran keseluruhannya. Usaha seterusnya dengan pembukuan di masa Khalifah Usthman bin Affan. Ini untuk menyeragamkan bacaan, susunan ayat dan muka surat bagi memudahkan pembacaan dan mengelakkan masalah umum.
Al -Quran ini adalah mempunyai kandungan yang sama seperti yang terdapat pada hari ini. Al-Quran tidak boleh diubah kandungannya kerana Allah telah menjaganya. Justeru itu tiada perubahan yang boleh dibuat oleh mana-mana ulama atau inidividu.
Al-Quran adalah kitab suci pegangan orang Islam. Setiap muslimin dan muslimat mestilah membaca dan memahami kandungannya. Kandungan AL-Quran sangat menyeluruh melibatkan peraturan, peringatan, tuntutan dan larangan.
Al-Quran adalah petunjuk untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Ia juga mengandungi persoalan alam ghaib, muamalah (ekonomi) yang betul, perundangan, politik, sains matematik dan perubatan.
Maka kitab Al-Quran adalah pelengkap kepada kitab yang sebelumnya.

Nabi Muhammad s.a.w

Pada 12 RabiulAwal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M dunia arab telah telah dikurniakan kelahiran bayi lelaki yang di panggil Muhammad. Ayahnya bernama Abdullah meninggal sebelum kelahirannya. Ibunya Aminah telah menjaga bersama datuknya Abdul Muthalib.
Nabi Muhammad dilahirkan 'Maksum' . Apabila Nabi dilahirkan Maksum, beliau telah dilindungi dari sebarang maksiat dan kekufuran. Maksum ini hanya dikurnia pada golongan Nabi sahaja.
Apabila berumur 35 tahun beliau telah digelar al Amin dan sangat berpengaruh kepada bangsa Arab di Mekah. Ia bermula apabila kabilah (puak) arab yang berbeza menuntut untuk mengangkat batu hitam ke Ka'abah.
Sebagai penyelesaian, Nabi Muhammad telah meletakkan batu di atas kain serbannya dan dibawa bersama oleh ketua-ketua kabilah. Kepimpinan ini telah menyebabkan beliau mula dihormati.
Beliau gemar mengasingkan diri untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada usia 40 tahun beliau telah didatangi Malaikat Jibril di Gua Hira dan Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi Jibril sebagai perantara.

pergertian ismah

Dalam al-Qur'an perkataan ismah digunakan sebanyak 13 kali dalam bermacam-macam bentuk, namun semuanya mengandung satu pengertian iaitu imsak (menahan diri), dan mani' iaitu mencegah. Ibn Faris berkata kata ismah yang benar mempunyai satu akar yang menunjukkan maksud menahan diri (imsak), mani' (mencegah) dan mulazamah (penetapan atau tidak meninggalkan). Dan semua itu mengandung satu pengertian iaitu ismah bermaksud pemeliharaan Allah SWT terhadap hambaNya dari keburukan yang akan menimpanya, dan hamba itu berpegang teguh kepada Allah SWT. Dengan demikian ia tercegah dan terlindungi. Di antara ayat-ayat yang menyebutkan ismah ialah Surah Ali Imran: 103, Surah Yusuf:32, At-Tahrim:6, dan Al-Maidah:67. Al-Mufid menyatakan bahawa ismah dalam bahasa yang aslinya adalah sesuatu yang dipegang teguh oleh manusia, yang dengannya terpelihara dan terhindar dari apa yang tidak diinginkan.

Menurut Jamaluddin Miqdad bin Abdullah al-Asadi al-Hilli bahawa ismah adalah sifat kejiwaan yang tetap stabil dan ismah itu memelihara orang yang memiliki sifat itu dari perbuatan dosa dengan ikhtiar dan kemampuannya. dengan sifat ini, ia mengetahui akibat-akibat kemaksitan dan baiknya ketaatan. Kerana, ketika kesucian sampai ke jiwa dan ilmu yang sempurna mengetahui derita akibat kemaksiatan dan kebahagian akibat ketaatan, maka ilmu itu pasti menetapkan ke dalam jiwa, maka ia menjadi sifat yang tetap.
Justeru ismah adalah suatu kekuatan di dalam jiwa yang memelihara manusia dari perbuatan yang menyimpang dari Allah SWT. Ismah bukan sesuatu yang berada di luar zat manusia yang sempurna.Menurut Syaikh Ja'far Subhani bahawa Nabi yang maksum mampu melakukan kemaksiatan dan dosa, sesuai dengan kemampuan dan kemerdekaan yang ada padanya tetapi kerana ia telah mencapai peringkat taqwa yang tinggi, ilmu yang qath'i terhadap akibat dosa dan kemaksiatkan serta kerana pengaruh timbulnya perasaan mengagungkan Khaliqnya. Dengan demikian ia terpelihara dari perbuatan itu, dan ia tidak melakukan perbuatan walaupun dengan kemampuan dan kekuasaannya sendiri.Ismah disifatkan sebagai anugerah Ilahiyyah kepada orang yang mampu mengambil manfa'at darinya untuk meninggalkan segala perbuatan yang buruk berdasarkan kebebasan, kemerdekaan dan ikhtiarnya. Allamah Al-Hilli menjelaskan bahawa ismah adalah anugerah Allah SWT yang diberikan kepada hambaNya, yakni anugerah yang mendekatkan pada ketaatan, yang dengannya ia tahu bahawa ia tidak akan melakukan kemaksiatan dengan syarat bahawa hal itu tidak berakhir dengan kepasrahan.Justeru ismah tidak diberikan kepada seseorang kecuali setelah adanya persediaan sifat-sifat yang baik di dalam jiwa orang yang maksum yang layak menerima anugerah itu. Qabiliyah (persediaan) yang diturunkan secara keturunan dan perwarisan misalnya genetik yang baik dari keturunan yang baik, dan segala sifat-sifat yang baik turut berpindah melaluinya zuriat dan keturunan yang baik juga. Selain dari itu ialah faktor pendidikan yang baik dan ikhtiar yang baik dalam peribadi dan sosial seperti melawan hawa nafsu yang jahat dan sebagainya. Jelas bahawa para Anbiya'dan Imam-imam mempunyai ketiga-tiga faktor itu melebihi orang lain dan jadilah mereka pilihan Allah SWT dalam kurniaan terhadap ismah tersebut.
Menurut Syeikkh Ja'far Subhani terdapat tiga tahap ismah iaitu:
1.Terpelihara dalam pemikiran wahyu, menghafal, dan menyampaikannya kepada manusia.
2. Terpelihara dari perbuatan maksiat dan dosa.
3. Terpelihara dari kesalahan dalam masalah-masalah peribadi dan sosial.

Tuesday, February 26, 2008

kenapa rasulullah memilih rumah abi arqam untuk berdakwah??

kerana abi arqam seorang budak yang berumur dalam lingkungan 16-18, abi arqam juga berasal dari kaum makhzum yang mana kaum makhzum adalaaum yang terkuat menentang islam..pada masa itu orang kafir tidak menyangka rumah seorang budak, malah berasal dari kaum makhzum menjadi tempat untuk nabi berdakwah..rumah abi arqam juga jauh dari kaabah, yang mana tempat yang bukan laluan orang ramai...itulah kebijaksaan nabi muhammad s.a.w.....

.........untuk maklumat lanjut sila layari blogspot saya...komen daripada anda sangat saya harapkan..wasalam..okeh..