Dalam al-Qur'an perkataan ismah digunakan sebanyak 13 kali dalam bermacam-macam bentuk, namun semuanya mengandung satu pengertian iaitu imsak (menahan diri), dan mani' iaitu mencegah. Ibn Faris berkata kata ismah yang benar mempunyai satu akar yang menunjukkan maksud menahan diri (imsak), mani' (mencegah) dan mulazamah (penetapan atau tidak meninggalkan). Dan semua itu mengandung satu pengertian iaitu ismah bermaksud pemeliharaan Allah SWT terhadap hambaNya dari keburukan yang akan menimpanya, dan hamba itu berpegang teguh kepada Allah SWT. Dengan demikian ia tercegah dan terlindungi. Di antara ayat-ayat yang menyebutkan ismah ialah Surah Ali Imran: 103, Surah Yusuf:32, At-Tahrim:6, dan Al-Maidah:67. Al-Mufid menyatakan bahawa ismah dalam bahasa yang aslinya adalah sesuatu yang dipegang teguh oleh manusia, yang dengannya terpelihara dan terhindar dari apa yang tidak diinginkan.
Menurut Jamaluddin Miqdad bin Abdullah al-Asadi al-Hilli bahawa ismah adalah sifat kejiwaan yang tetap stabil dan ismah itu memelihara orang yang memiliki sifat itu dari perbuatan dosa dengan ikhtiar dan kemampuannya. dengan sifat ini, ia mengetahui akibat-akibat kemaksitan dan baiknya ketaatan. Kerana, ketika kesucian sampai ke jiwa dan ilmu yang sempurna mengetahui derita akibat kemaksiatan dan kebahagian akibat ketaatan, maka ilmu itu pasti menetapkan ke dalam jiwa, maka ia menjadi sifat yang tetap.
Justeru ismah adalah suatu kekuatan di dalam jiwa yang memelihara manusia dari perbuatan yang menyimpang dari Allah SWT. Ismah bukan sesuatu yang berada di luar zat manusia yang sempurna.Menurut Syaikh Ja'far Subhani bahawa Nabi yang maksum mampu melakukan kemaksiatan dan dosa, sesuai dengan kemampuan dan kemerdekaan yang ada padanya tetapi kerana ia telah mencapai peringkat taqwa yang tinggi, ilmu yang qath'i terhadap akibat dosa dan kemaksiatkan serta kerana pengaruh timbulnya perasaan mengagungkan Khaliqnya. Dengan demikian ia terpelihara dari perbuatan itu, dan ia tidak melakukan perbuatan walaupun dengan kemampuan dan kekuasaannya sendiri.Ismah disifatkan sebagai anugerah Ilahiyyah kepada orang yang mampu mengambil manfa'at darinya untuk meninggalkan segala perbuatan yang buruk berdasarkan kebebasan, kemerdekaan dan ikhtiarnya. Allamah Al-Hilli menjelaskan bahawa ismah adalah anugerah Allah SWT yang diberikan kepada hambaNya, yakni anugerah yang mendekatkan pada ketaatan, yang dengannya ia tahu bahawa ia tidak akan melakukan kemaksiatan dengan syarat bahawa hal itu tidak berakhir dengan kepasrahan.Justeru ismah tidak diberikan kepada seseorang kecuali setelah adanya persediaan sifat-sifat yang baik di dalam jiwa orang yang maksum yang layak menerima anugerah itu. Qabiliyah (persediaan) yang diturunkan secara keturunan dan perwarisan misalnya genetik yang baik dari keturunan yang baik, dan segala sifat-sifat yang baik turut berpindah melaluinya zuriat dan keturunan yang baik juga. Selain dari itu ialah faktor pendidikan yang baik dan ikhtiar yang baik dalam peribadi dan sosial seperti melawan hawa nafsu yang jahat dan sebagainya. Jelas bahawa para Anbiya'dan Imam-imam mempunyai ketiga-tiga faktor itu melebihi orang lain dan jadilah mereka pilihan Allah SWT dalam kurniaan terhadap ismah tersebut.
Menurut Syeikkh Ja'far Subhani terdapat tiga tahap ismah iaitu:
1.Terpelihara dalam pemikiran wahyu, menghafal, dan menyampaikannya kepada manusia.
2. Terpelihara dari perbuatan maksiat dan dosa.
3. Terpelihara dari kesalahan dalam masalah-masalah peribadi dan sosial.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
x phm r..bley tlng trngkan dgn lbh ringkas x??
salam...
cerita yg menarik...
teruskan usaha.
wassalam...
apa ko citer ha...
nti kt blik trgkan kt ak
owh ni mesti citer pasal kemaksuman nabikan. sebelum ni saya tahu ckit je lepas baca cerita awak saya terus jadi pandai...tq
emm..bestla citer ko..aku kagum ngan kebolehan ko..ko mmg bijak orangnya..aku harap ko letak lg byk citer tau..aku suke citer2 ko...
salam..cedap ar citer mung..citer yang menarik...bagi aku ia satu penulisan yang bagus..teruskan usaha...ok
panda ngat mung citer..bagus2..bangga aku ade member pe mung,hu3...
salam..ana rs cite enta bagus sgt..dengan adenye pndapat ulama membuatkan cite enta jd bagus..ok smoga berjaya..
salam..ana pun rase mcm syekh paiz rasa jgk..ctr anta sgt bgs3..gud luck..
urmm..komen aku sma gak cam budak2 len..
citer best n klu bleh cara olahan 2kna improve sket kot.. utk more attract org nak baca..n font besarkan sket ek..font kecik ssh nak baca ar:D:D
pe2pun, teruskan usaha gak n bykkan citer kt blog ni..senang nak copy paste nnt:D..
neway..chayo!!
k.gud job...mga citr ni djdikn pgjrn dlm hdp...trskn sha,k...
Post a Comment